Monday, April 25, 2011

Tahukah anda??versi Lawak.....

aku bosan tahap maw mampus suda ni...so,, sebelum tido aku maw kongsi sedikit info2 yg mungkin berguna untuk korang,,,,hehehe......enjoy!!



1. Tahukah Anda??dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi...perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960....dalam bahasa melayu pulak,, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi... =P


2. Tahukah Anda??bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera... =)


3. Tahukah Anda??perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan,, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''...perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen..hihihi


4. Tahukah Anda??kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri...namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya jga tidak sama...huhuhu


5. Tahukah Anda??magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya...bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.....kan?? =D


6. Tahukah Anda??cicak memutuskan ekornya apabila diganggu...apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi....sapa konpius??hehehe..


7. Tahukah Anda??burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas...ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. ..hihihi


8. Tahukah Anda??bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya...tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. ....hihihi


9. Tahukah Anda??gunung berapi yg berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup...tapi mengikut kajian ahli gunung,, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan./.....hohohoho..ada moral ne,, =)


10. Tahukah Anda??orang yg x pernah kisah langsung tentang wang ringgit,, pangkat,, kedudukan n harta dunia ialah Orang Utan....renung2 kan lah..hehe


11. Tahukah Anda??antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal,, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi x pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.....betol x??

sapa maw tambah??hehehe...

0 Pengkritik Jemputan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by Mohamad Saiful Amin | Bloggerized by Saiful - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management