Showing posts with label Dakwah Online. Show all posts
Showing posts with label Dakwah Online. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Wanita Menyanyi dan Hukumnya Menurut Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Maher Zain, salah seorang pendakwah muslim yg menyebarkan dakwah melalui lagu-lagunya yg berbentuk keagamaan. Tapi, bagaimana pula ceritanya jika seorang wanita menyanyi di khalayak ramai? apa hukumnya?

Terdapat dua pendapat ulama’.

Pendapat pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah aurat, iaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi, bernasyid atau melunakkannya dihadapan lelaki bukan mahramnya.
Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yg memberi amaran kepada kita tentang suara wanita yg bermaksud :

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yg berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yg dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yg tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini.
( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yg sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.
(Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya.
( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yg dilarang oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. namun, jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita,ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar suara sahaja yang boleh menjadikan mereka terjebak dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek dengan pakaian yg canggih,ketat dan tudung juga tidak menutup dada dgn baik. duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama tidak menggalakkan bersanding pengantin bersolek di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata, apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yg bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yg menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: 
“Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.

Pendapat yang kedua pula mengatakan harus .

pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yg boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi dikhalayak lelaki.

Saya memetik pandangan seorang ulama’:

”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai.Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.
Demikian pendapat ulama tersebut.

Namun,apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.

Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja,tidak pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti. Wallahuallam.

Friday, July 29, 2011

Adab Tidur mengikut Sunnah

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh...

oleh kerana hari pun dah tua,,knun...aku pun rasa da ngantuk....aku nak kongsi adab2 tidur menurut sunnah Nabi,,apa salahnya kita mempraktikkan sunnah ni dalam tidur kita kan..xda rugi aperrr pun..dapat kelebihan lagi taw,,

1.0   Adab Tidur Rasulullah S.A.W
        - tidur awal.....
        - bangun tidur d separuh malam kedua,,kemudian baginda menunaikan
           solat tahajjud n bersiwak..
        - tidur tidak melampaui batas...maksudnya nda tidur lama2 laaa,,
        - tidur tidak dalam keadaan yg penuh ngan makanan n minuman..
        - baginda sentiasa berzikir sehingga mata baginda terlelap...zikir sebelum
           tidur arr,,


jom contohi Rasulullah!!

alalalalala...
ni pula sedikit cara utk tidur mengikut sunnah Rasulullah S.A.W insyaAllah..

2.0   Cara2 Tidur mengikut Sunnah
        - mengambil air solat walaupun dalam keadaan berhadas besar....
        - membaca surah-surah 3 Kul(al-ikhlas,,al-falaq,,an-nas),,pastu sapu
           seluruh badan..sapu dia ada cara taw,,tp yg penting kedua2 belah
           tangan jangan angkat selagi belum abis sapu 1 badan..
        - membaca doa sebelum tidur...
        - mengucap dua kalimah syahadah...
           la ilaha illallah,,muhammadur rasulullah...
        - tidur kepala menghadap kiblat,,posisi seperti kedudukan mayat iaitu
           tangan kanan diletakkan d atas tangan kiri..then??mimpi yg indah!!


sekadar hiasan...anak sapa la ne!!hehehe
last but not da least,,cehhh...owner blog speaking nih..hehehe..doa sebelum tidur,,doa terkejut ketika tidur,,ketika mimpi baik / ngeri n doa selepas tidur..........

doa2 sebelum tidur,,terkejut ketika tidur n doa selepas tidur korang blh klik kat kat atas nih,,aku nak kongsi pasal doa ketika mimpi plak.. =) sumer org pernah mimpi kaaan,,beza dia just mimpi baik dan buruk jak..kalau kita bermimpi benda baik,,janganlah dceritakan kepada org lain,,n kalau mimpi buruk,,

- meludah sebanyak 3 kali ke kiri.....buat replika jak pun boleh,,
- memohon doa dilindungkan daripada kejahatan syaitan..
- last skali,,tukar posisi tidur..maksudnya klu korang mimpi buruk masa tidur mnghadap kiri,,tukar p kanan
   plak...

kalau ada kemusykilan boleh coret kat ruangan komen,,thanks 4 reading!!bsama2 kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W...selamat malam!!

Meraih Pahala dari Ucapan Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..(sapa jawab penuh dapat pahala lebih taw..)

telah dijelaskan bahawa menyebarkan salam sesama muslim adalah sunat hukumnya..cuma persoalannya zaman sekarang ni macam2 jenis salam kita boleh dengar, masa kat sekolah menengah dulu ada pula salam "assalamuaLOVE U", kat kampung pula pernah gak dengar orang bagi salam "assalamualaika"..erm, bila tercipta salam2 macam tadi. kita kena lah rujuk balik bagaimana etika Rasulullah S.A.W memberi salam sebab baginda lah contoh utama kita kan..nak berdakwaah dalam blog ni,,insyaAllah..

subhanallah..
sebenarnya lafaz salam yg disunatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" bagi si pemberi salam n jawapan nya pula "Waalaikum Salam Warahmatullahi Wabarakatuh"..

kalau korang nak tahu, setiap tahap salam tu ada pahalanya tersendiri..haaaa,,yg ni aku nak cerita sebenarnya..pasal nilai tahap pahala salam dalam islam,,dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah disebutkan bahawa ketika baginda sedang duduk beristirehat,,datang seorang lelaki menghampiri baginda lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum" maka baginda menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"sepuluh pahala kebaikan bagimu"..lepas tu,,datang lagi seorang lelaki lalu mengucapkan salam "Assalamualaikum Warahmatullah",,baginda pun menjawab salam pemuda tersebut lalu bersabda,,"dua puluh pahala kebaikan bagimu"..x lama kemudian,,datang lagi seorang lelaki menghampiri baginda lalu memberi salam,,"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh",,baginda pun menjawab salam lelaki tersebut lalu bersabda,,"tiga puluh pahala kebaikan bagimu"..

rumah korang ada x??alhamdulillah..
dengan merujuk kepada penerangan d atas,,cehh..bagi salam pendek tu TIDAK salah..tapi pahala korang sikit jerr laaa,,apa??sikit pun xpa??kalau korang d beri pilihan ganjaran wang ringgit..nak sikit kerr banyak???fikir2kan lah...so,,sapa maw pahala lebih tuuu rajin2 lah bagi salam dengan saudara muslim yaaa.. =)

lagi satu,,mengenai isu kat atas,,yg salam2 kreatif tuuu..hmm,,lafaz salam ni adalah sesuatu yg datangnya dari Rasulullah n tidak boleh didebat ataupun diubah bentuknya..maknanya,,salam2 kreatif selain daripada "Assalamualaikum W.B.T. " tuu salah lerrr k..kalau ada kemusykilan boleh la tinggalkan d ruangan komen..sekian,,thanks for reading!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by Mohamad Saiful Amin | Bloggerized by Saiful - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management