Tuesday, January 18, 2011

muzik indie..TREND atau MINAT??

Dalam zaman era globalisasi ni, anak-anak muda trutamanya yang "made in Malaysia" suka sangat dengar muzik-muzik INDEPENDENT atau dlm kata singkatnya INDIE. Persoalannya, diorang ni betul ke minat muzik??? ke minat trend or fesyen artis yang mnyampaikan lagu tu je???

* antara band indie yang meletopzz dan mnjadi trend setter diri aku sendiri


Muzik-muzik atau lagu-lagu unik yang dikarang oleh band indie seperti Bunkface, Hujan dan Azlan & the typewriter amat mudah untuk mendapat tempat di hati anak muda terutamanya remaja tempatan. Namun pada masa yang sama, trend seluar ketat ataupun skinny dan kasut ala hip hop kian menular di kalangan remaja kita, tidak dinafikan saya sendiri pun terikut-ikut dengan trend seperti ini. Malah ada pelajar sekolah yang mempraktikkan fesyen tersebut di dalam pakaian seragam mereka dan bila di tanya mengapa berseluar ketat, nama-nama band indie ni lah yang menjadi mangsa. Sehinggakan ramai pihak yang menganggap gelombang muzik indie ni sebagai satu gelombang muzik yang negatif. Sedangkan niat mereka hanya untuk membuktikan bahawa anak muda Malaysia juga mampu menandingi industri muzik benua lain.

                                       * Sapa xkenal??Dan Sebenarnya

Yuna, seorang lagi artis indie yang mempunyai trend unik dan menjadi ikutan remaja yang mendengar muzik-muzik beliau. Persoalannya, adakah semua wanita yang mengikut fesyen tudung Yuna ni ambil tahu pasal lagu-lagu yang dia karang?? atau hanya tahu buat tudung je?? Sehinggakan ada laman web khas untuk mengajar cara-cara mengenakan fesyen "tudung Yuna" ni. Kita mungkin boleh mengkategorikan pengikut indie ni kepada dua kategori iaitu golongan pencinta "trend" indie dan golongan pencinta "muzik" indie. Terpulang kepada individu tersebut untuk memilih.


* The Couple..satu lagi indie band Underground yg berjaya mnghasilkan lagu2 bezzzz


Bagaimana pula ceritanya dengan band indie yang tak pentingkan fesyen tapi boleh menambat hati peminat dengan lagu-lagu mereka??
Contohnya band Couple, walaupun tidak menonjol dengan fesyen-fesyen "pelik" buatan mereka, mereka tetap mendapat sambutan ketika menghadiri gig-gig terbuka di KL. Ternyatalah anak-anak muda kita masih menghargai muzik dan bukannya meminati muzik kerana fesyen penyampainya.

Kesimpulannya, terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menyokong muzik indie dari segi fesyen ataupun lagu yang dihasilkan. Apa yang penting???????? SOKONG INDUSTRI MUZIK TEMPATAN.

Sunday, January 16, 2011

INDIE SCENE KAT MALAYSIA


Dewasa ini, industri muzik tempatan seringkali di warnai oleh kumpulan muzik anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai kelompok indie. Peminat-peminat muzik tanah air juga tidak lekang menyebut nama artis indie kegemaran mereka. Begitu juga dengan media yang banyak paparan terkini mereka beralih kepada muzik indie selepas keghairahan artis realiti makin menurun.

Namun, apakah itu indie? Indie adalah singkatan kepada perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud independent atau bebas. Ini membawa erti artis-artis indie tidak mahu terikat dengan apa jua kontrak yang mereka rasakan tidak sesuai atau yang lebih jelas lagi, mereka ingin berkarya mengikut acuan mereka sendiri.

Di Malaysia, kebanyakan artis indie terdiri daripada mereka yang menyanyikan karya mereka didalam bahasa Inggeris. Sejak awal tahun 90-an lagi telah wujud banyak band-band indie di Malaysia, tetapi kehadiran mereka tidak mendapat liputan media yang meluas.

Sehinggalah apabila trend band-band indie yang menukar lirik mereka kepada bahasa Melayu di terima oleh media massa, segalanya berubah. Ledakan ini terus membuatkan satu demi satu band-band indie mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air. Perubahan lirik memberi impak yang besar kepada perjuangan band-band Indie untuk diterima di arus perdana. Kini nama seperti kumpulan Meet Uncle Hussain dan Hujan sudah menitip di bibir peminat industri muzik tempatan apabila lagu-lagu mereka menjadi hits.

Apakah pula yang membezakan artis indie dengan artis-artis yang lain? Artis indie dilihat lebih cenderung untuk menghasilkan sesuatu produk atau album di bawah kawalan mereka sendiri. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah artis indie cuba untuk berlaku jujur didalam penghasilan produk mereka. Mereka zahirkan apa yang mereka inginkan dalam skala dan kawalan mereka sendiri. Muzik yang mereka pilih bukanlah di atas kehendak pasaran.

Di Barat, artis lebih cenderung untuk bergerak secara indie kerana pada pandangan mereka, syarikat rakaman dilihat sebagai entiti yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil kerahan karya artis.

Dengan bergerak secara indie, artis-artis ini dapat bebas untuk menentukan apa yang mereka mahu lakukan dalam muzik mereka. Begitu juga dengan syarikat rakaman, artis-artis Barat cenderung untuk menanda tangani kontrak dengan label yang juga bersifat indie yang mana keuntungan dibahagi secara adil. Bermakna tiada eksploitasi antara pengkarya dan pengedar produk.

Syarikat rakaman lebih bermatlamat kepada keuntungan semata-mata, manakala label indie kecil-kecilan ditubuhkan lebih bersifat atas dasar minat kepada muzik dan ingin membantu kumpulan-kumpulan muzik indie ini untuk didengari.

Bebas juga diasosiasikan dengan kebebasan memilih aliran muzik yang kumpulan itu ingin bawakan. Kebiasaannya ia menentang arus perdana. Namun atas kejujuran itulah mereka ini berjuang dengan menghasilan muzik dan lirik baru yang segar untuk santapan pendengar.

Dari segi penciptaan lagu, band-band indie lebih bersifat terbuka. Mereka lebih mudah untuk menyampaikan lagu-lagu mereka dengan cara mereka sendiri terutama penggunaan ayat yang dilihat lebih cenderung kepada penggunaan bahasa slanga. Lirik-lirik mereka juga bersifat protes selain daripada unsur-unsur kemanusiaan. Kebebasan berkarya sebeginilah yang dimahukan oleh band-band indie.

Kehadiran gaya muzik digital juga turut membantu perkembangan band-band Indie di dalam memperkenalkan karya-karya mereka tanpa perlu mengikat kontrak dengan syarikat rakaman. Muzik digital dilihat sebagai platform terbaik sumber promosi kepada band-band Indie.

Apa yang diperkatakan sebagai indie bukanlah satu genre muzik yang baru, tetapi adalah satu pendekatan dan konsep baru didalam industri muzik tempatan. Kebebasan yang diperjuangkan oleh band-band indie ini adalah untuk kebaikan dan kejujuran mereka dalam berkarya. Apa yang mereka mahukan adalah kawalan sepenuhnya ke atas karya-karya mereka tanpa dieksploitasi oleh mana- mana pihak terutama syarikat rakaman.

1ST DAY at 125


Huh!!macam ni lah keadaan bilik 125 masa aku sampai kat sini. Dah la penat tahap "red light",,ditambah pula dengan keadaan bilik yang macam baru kena gelombang pertama tsunami, "memang tak terkemas lah sumer benda ni", antara monolog dalaman yang sempat aku luah pada diri aku..haha..

Sejarah bilik ni, last semester senior semester 8 yang duduk dalam bilik ni. Nama dia Nik,, aku kenal pun sebab pernah main bola sepak dengan dia masa 1st semester dulu. Oleh sebab tu, agak banyak lah benda terpakai yang beliau tinggalkan......Antaranya,, printer!!haha..Syukur sangat sebab masa tu aku dah cadang nak beli printer baru. Susah nak hidup sebagai pelajar IPT kalau tak ada printer ni.....eh,,tiba2 masuk bab printer ni apa hal?? =)

Roommate aku pula merangkap classmate aku, Fazrul Izwan.. Masa 1st semester dulu. Aku dengan dia ni lah yang selalu buat hal disiplin. Tapi kitorang memang nak berubah untuk 2nd semester ni,,azam baru lah katakan. Aku rasa cukup lah sampai sini aku citer pasal 125 ni. Bila aku ada bilik baru, aku post lagi k!! .........................hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by Mohamad Saiful Amin | Bloggerized by Saiful - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management