Friday, September 30, 2011

TESL United Mengangkat Martabat TESL??

Glooooory-Glory TESL United!!Gloooooory-Glory TESL United.......lalalalalalalalalalala

TESL United
Berdiri dari kiri : Iskandar(CM), Hilmi(GK), Norman(CD), Olex(LW), Ezron(RW)
Duduk dari kiri : Syafiq(LB), Maksum(CD), Saiful(RB), Frederick(CF)

ok,,aku mengaku mmg tajuk post tuh agak exagerrating sedikit....korang mesti wondering kenapa tajuk aku berbunyi agak menakutkan tuh kan??hehehehe..sebenarnya pada 23 n 24 September 2011 ari tuh team GERKO Bola Sepak PISMP Semester 2 ambilan Jun 2009 mnganjurkan pertandingan bola sepak tertutup 9 sebelah..team yg join pun nda banyak,,8 team jak..pertandingan dijalankan secara liga kumpulan,,8 team td dibahagikan kpd dua,,kumpulan A dan B,,johan dan naib johan kumpulan through p semi-final..pemenangnya???????mestilah bukan TESL United..hahahahahaha..team staff IPG gaya yg mnang tournament tuh..


nak d jadikan cerita,,team bola TESL ni sebenarnya amat dipandang rendah oleh opsyen2 lain kat IPG nih,,sebab super dupper senior kitorang dlu selalu jadi pasukan belasahan bila join tournament bola nih..hohohoho..kesian kan......batch terkuat TESL pun pernah tembus separuh akhir sekali jak..hahahaha..dengan itu tertubuhlah TESL United yg diketuai oleh owner blog nih,,hehehehe..ahaaaa,,mcm besa laaaa mmg dorg pandang rendah pun ngan kami neyh..so,,dua hari sebelum pertandingan tuh team Da'Suspect(PJ Sem 4 2011) ajak kitorang friendly match.......ahaaaaa,,match tuh kitorang menang 3 - 0..Fred(2),,Olex(1)...first debut kitorang main sama2 taw!!hahaha..lepas match tuh ada yg cakap kami la batch terkuat TESL...........ngeeee~~ bkn minta puji nih aaaa...btl wa citer,, :)

TESL United vs BMMT (FT : 0 -1)
ok,,oleh kerana kami team yg paling junior dalam pertandingan tuh,,kes2 pengadil bias tuh biasa laaaa..nampak sgt bha kebiasan tuh..huhuhuhu..agak2 la bha jgk,,hahahaha..ok kami mengakhiri peringkat kumpulan dengan SAAAAAAAAATU mata..kitorang kalah dua kali,,seri sekali..hahahha..tapi at least kami kalah pun 1 - 0 jak n semua jaringan dari tendangan percuma,,1 penalti....

dengan ini,,aku blh la ckp yg TESL United ni telah mengangkat martabat TESLian IPG Gaya dalam bidang bola sepak..xdala sda kena pandang rendah mcm dulu2,,hehehehe..tnya la kat mna2 IPG pun,,team TESL mesti corot punyeerrrrrr......hmmm,,sedih3..akhir kata,,majulah bola utk TESLian..hohoho

Wanita Menyanyi dan Hukumnya Menurut Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Maher Zain, salah seorang pendakwah muslim yg menyebarkan dakwah melalui lagu-lagunya yg berbentuk keagamaan. Tapi, bagaimana pula ceritanya jika seorang wanita menyanyi di khalayak ramai? apa hukumnya?

Terdapat dua pendapat ulama’.

Pendapat pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah aurat, iaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi, bernasyid atau melunakkannya dihadapan lelaki bukan mahramnya.
Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yg memberi amaran kepada kita tentang suara wanita yg bermaksud :

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yg berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yg dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yg tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini.
( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yg sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.
(Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya.
( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yg dilarang oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. namun, jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita,ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar suara sahaja yang boleh menjadikan mereka terjebak dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek dengan pakaian yg canggih,ketat dan tudung juga tidak menutup dada dgn baik. duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama tidak menggalakkan bersanding pengantin bersolek di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata, apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yg bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yg menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: 
“Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.

Pendapat yang kedua pula mengatakan harus .

pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yg boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi dikhalayak lelaki.

Saya memetik pandangan seorang ulama’:

”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai.Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.
Demikian pendapat ulama tersebut.

Namun,apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.

Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja,tidak pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti. Wallahuallam.

Kes Awek Buat Konsert!!

ok....maybe korang akan cakap aku sorang boypren yg agak mengontrol..tapi klu korang d tempat aku korang pasti akan bwat benda yg sama........

p/s: entri ni xda kena mengena dgn Avril... :(
mcm ni ceritanya,,aku ada sorang gelpren nih!!aku xtaw la dia anggap aku apa tp aku anggap dia gelpren aku..lol..konflik antara aku ngan gelpren aku nih timbul bila dia decide nak nyanyi SEKALI lagi kat satu majlis kat tempat aku study nih......yaaaa,,kitorang study kat tempat yg sama..ok,,nak dikatakan suara budak nih sedap,,xda la sedap sgt..typical suara org yg boleh nyanyi jekkk..tp sebab dia dah sanggup nak nyanyi masa malam mesra kolej kediaman kat IPG Gaya ari tu,,ada la pihak2 yg perlukan budak ni sebagai penghibur masa rumah terbuka proketen semalam (29/09/2011)..

ok,,sebagai boipren yg berwibawa,,dari first concert dia lagi aku dah tunjuk yg aku xsuka dia nyanyi..atas sebab2 tertentu..antaranya,,KLIK SINI!!!!!....kali pertama aku benda tu jadi,,aku biar ja la,,tapi bila dia bgtaw aku dia maw nyanyi lagi kat majlis semalam,,aku dah xtaw maw wat pa.....xkan la aku maw halang dia kaaaaaaan???nnt apa pulaaaak dia n ESPECIALLY kawan2 dia ckp..huhuhuhu..ptg tadi aku p jumpa dia,,sebenarnya aku nak bincang pasal benda tuh..tp dia mcm excited sgt maw perform malam tuh..............so,,aku just bgtaw dia yg aku xsuka dia nyanyi atas pentas....maybe aku pun salah sebab xbgtaw hal sebenar..tapi xda beza pun kan klu aku bgtaw sebab knp aku xsuka dia nyanyi..................................



after that,,aku xlayan msg n kol dia smpai laaaa dia abis perform..maklumlah artis kn,,so aku xmo la ganggu konsentrasi dia konon..lol..aku harap dia faham knp aku bwat mcm ni,,aku rsa dia dah jadi tanggungjawab aku..sbb tu aku care ngan dia..korang faham kn???huhuhuhuw.....

entri emo pepagi..hahahaha..lupakan la!!!ne jak cara aku nak lupakan benda ne,,dengan mengexpress feeling aku dalam blog tercinta nih..

sorry arrrrr readers..aku xleh tahan,,hahahaha..adios!!

Monday, September 26, 2011

Kolaborasi WSB dan On9.fm

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian.




Pada minggu lalu, pihak We Are Sabahan Bloggermania (WSB) dan pihak On9FM telah berkolaborasi untuk mempromosikan produk kedua-dua pihak. Hasil daripada kerjasama ini, pihak On9FM telah bersetuju untuk menaja 3 hadiah lumayan untuk dimenangi para WASABER melalui satu peraduan yang dianjurkan oleh pihak WSB. Untuk info lebih lanjut tentang peraduan anjuran WSB dan On9FM, klik sini!

Pemenang peraduan ini akan ke STOMPIN SABAH 3 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober di 1st beach Tanjung Aru, Sabah. Ingin tahu lebih lanjut tentang STOMPIN SABAH 3? Lawat fan page STOMPIN di sini.


ok,,serius aku nda tahan taip blog skema2 nih..hahaha..nak d pendekkan cerita,,untuk join contest ni..WASABER dikehendaki utk mlangsaikan 2 tugas...gila penting kan bunyi dia,,tugas gitu..hehehe..dan antara syarat wajib penyertaan peraduan ni..korang kena 'LIKE' fan page On9FM kat sini! n then pasang radio On9FM nih kat blog korang, kod HTML radio On9FM ni korang blh dapatkan kat sini! berbalik kepada 2 tugas utk join peraduan nih, ahaaaa..

TUGAS 1 :
• Ambil gambar anda yang mempunyai elemen WSB dan On9Fm.
• Tema gambar "Saya suka WSB dan On9FM".
• Wajib ada logo WSB dan On9FM dalam gambar tersebut.
• Tidak kira logo WSB dan On9FM tu anda lukis atau cetak.
• Gambar tersebut bukanlah diedit.
• Gunakan kreativiti anda. Go go Wasaber!

Saya Suka WSB dan On9FM
ni la hasilnya setelah berhempas pulas meminjam lappy classmates serta mencari posing yg sesuai utk digabungkan bersama model2 lappy canggih tu..hehehehe..credits to all my coursemate yg sudi pinjamkan lappy...Izzah, Cyril, WASABER Farhanezam dan WASABER Ummi Nadhirah..harap2 dapat la menang hadiah tu,,lama da berangan2 maw p konsert STOMPIN neyh!!hehehehe..

p/s: kewujudan Bakul hijau, bendera Sabah n Malaysia, beg kuning serta pencil case atas meja tu TIDAK disengajakan..hehehe



TUGAS 2 :
Reka dialog pendek perbualan di antara WSB dan On9FM berdasarkan situasi di bawah..

Situasi :
OnlineFM ajak WSB ke STOMPIN SABAH 2011. WSB jenis yang tidak menyukai kawasan sesak dan ramai orang.


Krew On9FM : Bro, esok aku nak p event Stompin kat Tg. Aru. ko nak join tak?

WSB Sepol : Aaaaa??Stompin?apa tu?

Krew On9FM : Ala Stompiiiiinnn. petunjukan barang2 tradisional kat sabah, ko jgn risau laaa, aku confirm xramai org punyerrrr. aku kenal ko, aku taw ko xsuka tempat2 sesak nih. :)

WSB Sepol : Ok juga tu. lagipun bkn slalu ada event xramai org kat sabah ni. bha esok aku join ko, msti gempak kn event tu. yaayyy!!

Krew On9FM : Ok bro. dalam pukul 8 gitu aku ambik ko. cau sin ci. :)

WSB Sepol : Waalaikumsalam. =="

(pada keesokan harinya, balik jak dari Konsert Stompin tuh WSB Sepol tadi trus trauma dengar nama Stompin.lol.)

end of tugas.

fuhhh!!!!ahaaaa,,tu la entri penyertaan aku utk peraduan WSB n On9FM nih..ala kadar jerrrr,,sbb bnyk keja maw buat owh...busy mmanjang nih..huhuhu..tp tatap sedih juga la klu nda menang..hehehe..

thanx.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #unknown

Tuesday, September 20, 2011

Aku Buat Sajak Kemerdekaan : KEKALKAH MERDEKA INI?


ahaaaaaa,,kenapa aku tiba2 nak post sajak karangan aku kat sini??
mcm ni ceritanyaaaaa...td aku p lepak kat blog member aku sorg nih,,


tbaca entri dia psal dia wat sajak ntah apa2..(sajak ka jgk tuh??hahaha) so dengan ini,,aku pun maw mencurah la karya sajak yg aku karang ni,,,,serius aku yg karang.. :)


Kekalkah Merdeka ini?


Hari ini...
Merdeka! Merdeka! merdeka!
Dilaung tanpa metaforanya,
Dialasi senyuman, keriangan, kepuasan,
Tanpa tangisan.


Setengah abad dahulu,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaung penuh makna, penuh rasa bangga,
Tatkala laungan keramat menyisip angin merdeka,
Titisan air mata mengalir gembira,
membasahi bumi memancar sinar harapan.


Kini...
Anak muda tertawa menyambut merdeka,
MERDEKA? Tahu apa mereka?
tafsiran ilusi cuma,
MERDEKA? Rasa apa mereka?
tidak mereka sentuh kesengsaraan 54 tahun dahulu,
perit perajurit, ratapan si anak gadis,
jeritan anak kecil, raungan lemah si ibu tua,
sungguh! tak bisa mereka selami, tiada yang menghayati.


54 tahun...
tidak cukupkah untuk mengajar erti kemerdekaan?
tepuk dada tanya selera
kekalkah merdeka ini?
jika “rakyat” masih bersalut lendir pancaroba,
kekalkah merdeka ini?
jika “pemimpin” masih bertopengkan propaganda,
Kekalkah merdeka ini?
jika "negara" masih dilanda demonstrasi dunia,


Hari ini...
bayu merdeka berpuput kembali,
Menyingkap lembar kenangan silam,
merungkai seribu satu tafsiran,
Namun entiti laungannya tetap sama,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kekalkan merdeka ini!


Mohamad Saiful Amin
IPGM Kampus Gaya


amcm?????bagi dlu komen kmurg...sebenarnya aku bwat sajak ne pun sebab kena paksa join contest menulis sajak btemakan kemerdekaan sini IPG..hehehe....inilah hasilnya setelah memerah otak merantau ke seantero dunia..(mode dramatik) hahaha..classmates aku pun ada jgk mnyumbang idea nih,,dorg da bg komens n aku da pbaiki sajak ne :) ..bha sila..sila..komen!!hehehehe


Monday, September 19, 2011

Saya Terharu Sangat @ WSB!!

OMAIGOD!!!!!!ok..aku taw it sounds agak gay..tp aku mmg terharu sangat2,,


sebenarnya aku nak citer psal muka aku tmasuk dalam video Merdeka-Raya WSB...yayyy!!!!
bila krew2 WSB yg gempak dah wat penghargaan ni kaaaannn,,aku teringaaaaat pla masa dulu2....masa mula2 masuk tu WSB......rasa sedih ada..........rasa terharu ada..mcm2 la rasa ada,,hohoho..
ok,,aku terdorong utk bbloging ni sejak aku terasa SANGAT SIOK baca blog member aku sorang nih..c Par'An bhaaaaa...ndak lama pas tuh aku tbaca la blog c Farhan ne pasal nama dia tselit knuk dalam Poster Nama WSB edisi February 2011..

poster nama yg membawa aku ke WSB..(mode dramatik)
bila dah nampak poster nih,,teringin juga la maw masuk kc selit2 tu nama saaaaana poster...hehehe..pastu pgi la join WSB....................sampai la skng ne bgelar WASABER,,saya sangat bangga!!heehe..
ok bbalik kepada cerita tuan punya blog nih tmasuk sipi2 dalam video karya big boss WSB.....aku btl2 xsangka aku tsenarai dalam tuh,,dgn otai2 lagi tuuuuu...uiii naaaaaaaa,,punya excited aku tgk tu video smlm..
kmurg pun maw tengok tu video???bha mari klik sini.......


part aku hadir pada minit ke 1 : 32 lepas part c mix..hehehe...(just in case korang maw tgk muka aku jak) hahaha...
ok la,,aku rasa cukup la sda ne luahan hati aku...

TERIMA KASIH WSB!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by Mohamad Saiful Amin | Bloggerized by Saiful - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management