Tuesday, January 18, 2011

muzik indie..TREND atau MINAT??

Dalam zaman era globalisasi ni, anak-anak muda trutamanya yang "made in Malaysia" suka sangat dengar muzik-muzik INDEPENDENT atau dlm kata singkatnya INDIE. Persoalannya, diorang ni betul ke minat muzik??? ke minat trend or fesyen artis yang mnyampaikan lagu tu je???

* antara band indie yang meletopzz dan mnjadi trend setter diri aku sendiri


Muzik-muzik atau lagu-lagu unik yang dikarang oleh band indie seperti Bunkface, Hujan dan Azlan & the typewriter amat mudah untuk mendapat tempat di hati anak muda terutamanya remaja tempatan. Namun pada masa yang sama, trend seluar ketat ataupun skinny dan kasut ala hip hop kian menular di kalangan remaja kita, tidak dinafikan saya sendiri pun terikut-ikut dengan trend seperti ini. Malah ada pelajar sekolah yang mempraktikkan fesyen tersebut di dalam pakaian seragam mereka dan bila di tanya mengapa berseluar ketat, nama-nama band indie ni lah yang menjadi mangsa. Sehinggakan ramai pihak yang menganggap gelombang muzik indie ni sebagai satu gelombang muzik yang negatif. Sedangkan niat mereka hanya untuk membuktikan bahawa anak muda Malaysia juga mampu menandingi industri muzik benua lain.

                                       * Sapa xkenal??Dan Sebenarnya

Yuna, seorang lagi artis indie yang mempunyai trend unik dan menjadi ikutan remaja yang mendengar muzik-muzik beliau. Persoalannya, adakah semua wanita yang mengikut fesyen tudung Yuna ni ambil tahu pasal lagu-lagu yang dia karang?? atau hanya tahu buat tudung je?? Sehinggakan ada laman web khas untuk mengajar cara-cara mengenakan fesyen "tudung Yuna" ni. Kita mungkin boleh mengkategorikan pengikut indie ni kepada dua kategori iaitu golongan pencinta "trend" indie dan golongan pencinta "muzik" indie. Terpulang kepada individu tersebut untuk memilih.


* The Couple..satu lagi indie band Underground yg berjaya mnghasilkan lagu2 bezzzz


Bagaimana pula ceritanya dengan band indie yang tak pentingkan fesyen tapi boleh menambat hati peminat dengan lagu-lagu mereka??
Contohnya band Couple, walaupun tidak menonjol dengan fesyen-fesyen "pelik" buatan mereka, mereka tetap mendapat sambutan ketika menghadiri gig-gig terbuka di KL. Ternyatalah anak-anak muda kita masih menghargai muzik dan bukannya meminati muzik kerana fesyen penyampainya.

Kesimpulannya, terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menyokong muzik indie dari segi fesyen ataupun lagu yang dihasilkan. Apa yang penting???????? SOKONG INDUSTRI MUZIK TEMPATAN.

5 Pengkritik Jemputan:

BieytaRohani IBERAHIM said...

sorry to say muzik malaysia ni tengelam timbul dan seseorang pemuzik tu menyanyi hanya untuk dapat duit je lepas menang dalm beberapa anugerah dan duit dah banyak sikt hilang@lenyap dari industri muzik kita!!!!!

Mohamad Saiful said...

thanx 4 da comment..sbnrnya semua ne pun sbb pminat muzik la,,kurang support..lg 1,,klu btl artis nk nyanyi utk dapatkan duit,,knp mreka mnghilang??knp x teruskan jew ngan duit 2..kan?? =)

BieytaRohani IBERAHIM said...

artis kita semangat dia tak kental!!!!!but by the way thanks ye for follow me so now i will follow you and why not you check a group from Thailand Loso@sekloso!!!!!yng dah famous kat us,frech,germany and korea wlau pun dorang nyanyi lg dlm Bhasa Dorang!!!!!

Mohamad Saiful said...

hehe..xsumer artis kita cm 2,,Hujan kental beb..dah sampai uk pun.. =) xda hal,,,kta maen follow2... =) ok,,thanx utk info 2..aku pun bru taw sal band 2....nnt aku wat review ya!! =)

BieytaRohani IBERAHIM said...

aku punya minat gan band indie coz lagu2 dorang straight to the point tak lah merapu smapai susah nak faham.....of coz la kau minat hujan yang lgu dia aku lupa tajuknya tapi antaranya yang dlm lgunya ada banyak perkataan nya tu!!!!!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designed by Mohamad Saiful Amin | Bloggerized by Saiful - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management